Pengenalan Portal Baharu eKelas

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

18 Julai 2020 – Sempena dengan pembukaan Portal Baharu eKelas pada 15 Julai 2020 yang lalu, PI Linggi telah mengadakan satu kelas untuk memberi taklimat pengenalan kepada pelajar tentang pembaharuan yang terdapat di dalam portal. Kelas berlansung selama 1 jama bermula dari pukul 10 pagi hingga 11 pagi dan dihadiri oleh seramai 5 orang pelajar

Pelajar juga dibimbing untuk membuat pendaftaran semula menggunakan akaun gmail yang digunakan di sekolah. Bagi pelajar yang tidak menggunakan akaun gmail di sekolah, mereka diajar cara-cara mendaftar akaun gmail yang baru. Penyelarasan ini adalah untuk memastikan permarkahan dalam portal dapat diselaraskan dengan pihak sekolah melalui program HIP (Highly Immersive Programme) iaitu satu program kerjasama antara Maxis eKelas dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selepas peserta mempunyai akaun gmail masing-masing, peserta dibimbing pula cara membuat pendaftaran semula di dalam portal, cara menukar tetapan dan mengisi maklumat diri di dalam profile.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali